GARIS PANDUAN
SILA LIHAT GARIS PANDUAN PAPAN IKLAN LUAR PREMIS PERNIAGAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN LESEN PAPAN IKLAN & PASTIKAN SYARAT-SYARAT TERSEBUT DI PATUHI. PELANGGARAN SYARAT TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIKENAKAN.
BAYARAN CAGARAN & TUNTUTAN WANG CAGARAN
SEBELUM LESEN PAPAN IKLAN DI KELUARKAN PEMOHON PERLU MENJELASKAN BAYARAN CAGARAN SEBANYAK RM500. TUNTUTAN KEMBALI WANG CAGARAN ADALAH SEPERTI DI PERAKUAN PEMOHON [BAHAGIAN A] DAN BIL ASAL HENDAKLAH DI KEMUKAKAN DAN SYARAT PAPAN IKLAN TELAH DI TURUNKAN.
LESEN PAPAN IKLAN PREMIS YANG TIDAK DITUNTUT
LESEN PAPAN IKLAN PREMIS YANG TIDAK DITUNTUT DALAM TEMPOH 14 HARI DARIPADA TARIKH LULUS, PAPAN IKLAN PREMIS YANG DIPASANG DIANGGAP TIDAK BERLESEN DIMANA BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
LESEN HENDAKLAH DI PAMERKAN
SETIAP JENIS LESEN (PERNIAGAAN & IKLAN) HENDAKLAH DI PAMERKAN. TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIKENAKAN JIKA GAGAL MEMPAMERKAN LESEN TERSEBUT.
KELULUSAN LESEN IKLAN
ANDA AKAN DIHUBUNGI SETELAH LESEN IKLAN DILULUSKAN DI PERINGKAT BAHAGIAN PELESENAN, WALAUBAGAIMANAPUN IA TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN LESEN PREMIS. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI TALIAN 2083356/3218.
PERMOHONAN SELAIN PERMOHONAN BARU
PERMOHONAN MELALUI E LESEN ADALAH UNTUK PERMOHONAN BARU, MANAKALA BAGI PERMOHONAN TAMBAHAN @ PENGURANGAN PAPAN IKLAN, TUKAR ALAMAT, TUKAR MILIK, TUKAR VISUAL & PEMBATALAN HENDAKLAH MELALUI SURAT SECARA BERTULIS. PIHAK MAJLIS DALAM PROSES MENAMBAH BAIK E LESEN BAGI KELIMA-LIMA PERMOHONAN TERSEBUT.